Friday, October 29, 2010

Ke pintu Neraka


Selamatkanlah dirimu serta keluargamu!! (peringatan buat diri ambo terutamanya)

Sujaul Aqra


Selamatkanlah dirimu dan keluarga mu!! (Ingatan buat diri ambo sendiri)

Majlis Lambaian Kasih


Syukur setelah penat lelah sepanjang seminggu menguruskan perihal berkaitan Majlis Lambaian Kasih, akhirnya majlis ini berjaya diraikan dengan penuh meriah pada 28 Oktober 2010. Esak tangis semasa majlis restu ilmu dan nyanyian lagu tentang kita membuatkan majlis ini begitu bermakna buat aku. Ambo rakamkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam majlis ini dan ucapan penghargaan buat sekalian pensyarah Jabatan Sains Sosial IPG KPI kerana kalian banyak berjasa kepada ku. Semoga Allah SWT memberi ganjaran setimpal diatas segala budi baik yang kalian berikan selama 5 1/2 tahun ambo disini.

Tuesday, December 1, 2009

Tokoh Muslim

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara ‘50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia‘.Seorang tokoh yg sangat penulis kagumi di dalam negara ini..Tercetus ilham untuk mengUpload gambar Tok Guru ini adalah kerana terbit rasa sedih hati penulis tatkala ini kerana Tok Guru yang penulis kagumi ini sedang berhadapan dengan pelbagai serangan daripada pelbagai sudut untuk menjatuhkan beliau ketika ini.Penulis tidak berniat untuk menulis panjang mengenai isu2 politik tanah air semasa yang melanda beliau..hanya cuma penulis ingin meluahkan rasa bangga penulis terhadap Tok Guru apabila beliau berada di tangga ke- 42 antara 500 individu muslim berpengaruh di dunia bagi tahun 2009.Betapa dunia mengiktiraf dunia beliau sedangkan segelintir umat Islam di dalam negara ini,,,entahlah.

Kredit:-
-Untuk membaca lebih lanjut mengenai artikel yg berkaitan dengan ini sila klik link ini, http://guruohguru.wordpress.com/2009/11/21/tokoh-berpengaruh-di-dunia-islam-2009/#comment-402
-Gambar tok guru juga penulis perolehi daripada blog ini.Hanya membuat sedikit sentuhan /retouch pd gambar tersebut.Terima kasih.

Saturday, November 7, 2009

Red Warriors Supporters

Penulis doakan kejayaan buat skuad kijang a.k.a Red Warriors..

Wednesday, November 4, 2009

Exam

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua Teman Seperjuangan!!
"Ya Allah..Kami Mohon Doa kepada-Mu, Izinkan Kami Semua Lulus Cemerlang,
Mencapai Target Masing-Masing dan Tidak Menghancurkan Harapan Kedua Ibubapa Kami"

Syukurlah

Syukurlah Kerana Nikmat Tuhan Itu Infiniti.
Bersyukurlah kerana sesukar manapun kehidupan kita,masih ada lagi yang diuji jauh lebih sukar daripada kita.Bersyukurlah kerana kita masih punya masih mempunyai keluarga;makan & minum yang cukup;nikmat pancaindera yang lengkap & banyak lagi nikmat kurniaan Tuhan yang tidak terhitung.Terima kasih Tuhan kerana masih lagi memberi peluang buat kita mengucap kata taubat meskipun entah jutaan kali janji itu dimungkiri.Ya Allah betapa jiwa ini sentiasa berbolak balik didalam mencari makna hakiki sebuah kehidupan.Semoga mati kita wahai insan dalam keaadaan kita beriman pada Nya.Amin.

Disebalik Illustrasi:-
Usai solat fardhu,tiba2 datang ilham utk menghasilkan illustrasi sebegini..kredit kepada sahabatku Amzari kerana susuk tubuhmu menjadi eksperimentasi illustrasi ini..hehehe
''

Hawa

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita
yang baik" Surah Al-Nur 24:26)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW bersabda "Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara: kerana hartanya dan kerana
keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia
menyenangkan kamu"

Meminjam kata2 Pahrol Mohd Juoi "Jadilah Soleh,Nescaya datangnya Solehah"..Penulis sengaja membiarkan illustrasi
yg dihasilkn ni kosong tanpa sebarang kata..Tiada kata2 yg nk penulis katakan pada golongan Hawa ini kerana lelaki
tidak pernah penat untuk memuji kecantikkan wanita..

Refleksi Kendiri
Umur dah meninggalkan remaja;kini melangkah ke alam dewasa..Seronok apabila bersama2 dengan rakan2 seangkatan
yg masing2 bercerita bab perkahwinan..boleh kacau ruang jiwa bila fikir pasal kahwin ni,,hehehe..
Penulis sendiri mempunyai kisah tersendiri mengenai hal ini tetapi biarlah penulis jadikn hal ini sebagai coretan
dalam kanvas kehidupan penulis sahaja..Semoga prinsip yg inginkan keredhaan Ibubapa dalam berumahtangga dpt
dipertahankan.

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami & keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah
kami pemimpin orang2 yg bertaqwa" Surah al-Furqan 25:74

"

Monday, November 2, 2009

Ustaz Sukan


Peristiwa 1
seorang sahabat penah berkomentar, bunyinya seperti ini " kenapalah dengan belia,asal program sahaja; mesti sukan:
seakan hanya sukan sahaja platform untuk perpaduan"
Penulis memamah butir2 isi percakapan beliau tanpa membuat sebarang ulasan.

Peristiwa 2
Seorang sahabat sekampung penah bercerita mengenai beliau memaki hamun Tok Imam kampung ketika bermain futsal di suatu ketika tanpa
menyedari yang di maki hamun itu adalah Tok Imam Besar kampung penulis; selepas kejadian tersebut, sahabat penulis ini berjumpa
lagi dengan Tok Imam ini, tapi alangkah terkejutnya beliau kerana kali ini pakaiannya tidak lagi pakaian sukan,tapi pakain jubah layak
seorang Imam..Kendatipun, perasaan malu & rasa bersalah timbul pada diri sahabat penulis ini.. selepas mendengar cerita beliau ini,
Kami tergelak mengenangkan peristiwa ini..


Komentar:-
Penulis ingin mengajak pembaca berfikir mengenai peranan golongon ustaz/ustazah
dalam sukan..bayangkan jika insan pilihan Tuhan ini(ustaz) masuk bersama-sama umat manusia yang suka kan bersukan; satu golongan
sudah memberi jalan untuk mengumpul belia untuk bersukan(perpaduan);dan mungkin tidak salah jika penulis katakan yang
kebiasaanya pihak penganjur ini meminggirkan soal agama dalam bersukan; perihal menjaga waktu solat,aurat,batas pergaulan dsb:
dan disinilah menurut pandangan penulis alangkah cantiknya jika golongan insan pilihan Tuhan ini memainkan peranannya.
:bayangkan jika peranan insan pilihan Tuhan ini memasukkan elemen dakwah secara tersirat, pada hemah penulis, cukuplah
kehadiran golongan ini di celahan ramai kerana penulis yakin orang kita masih lagi mempunyai perasaan MALU: cukuplah golongon ustaz ini
berdakwah melalui tauladan/keperibadian yang telah ada..(malahan lebih daripada itu)


Disebalik Illustrasi:-
Pemuda dalam illustrasi ini merupakan rakan penulis..Gambar ni,penulis candid semasa beliau membuat pertunjukkan football freestyler semasa
karnival Raudhah JPP IPG KPI pada tahun Oktober 2009.(Walaupun penulis sebenarnya tidak berpuas hati dengan efek dalam gambar & kualiti gambar
yang ada;-efek tu terlalu simple(dah lupa cara nak buat efek asap,hehehe).

Refleksi Kendiri:-
"Tunjukkan aku jalan, kerana aku insan lemah yang hatinya sentiasa berbolak-balik didalam mencari makna hakiki"

Sunday, October 25, 2009

Kaabah


Panggilan Haji Telah Tiba Lagi.

Komentar/Refleksi Kendiri

Penulis teringat pesan seorang ustaz semasa di bangku sekolah menengah
dahulu.."apabila bekerja esok2,jangan fikirkan lagi soal lain(kumpul harta/aset dll)
fikirkan cara bagaimana nak pergi menunaikan haji@ umrah terlebih dahulu"
bermula daripada malam tu, penulis memasang keinginan untuk pergi menunaikan
umrah apabila bekerja bekerja..Alhamdulillah sehingga hari ini Allah swt masih lagi
memberikan rasa rindu ke dalam hati penulis untuk pergi ke sana bumi Anbia.
nasihat ustaz Hassan ini ialag antara nasihat yang paling berkesan pada
penulis.tetapi penulis sedar bahwa untuk merealisasikan impian ini tidaklah
semudah seperti yang dicakap. mesti akan ada ujian Allah swt datang untuk
menguji sejauh mana tahap keimanan penulis.
"Ya Allah,Engkau kurniakanlah kepada aku perasaan rindu terhadap bumi Makkah & tetapkan hati aku
untuk aku sentiasa merinduinya;moga2 aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sampaikan kesana kelak"

Cerita disebalik Illustrasi
Sebenarnya gambar ini penulis buat untuk design kain rentang(banner) suatu program.
TETAPI banner ini tidak dapat untuk dihasilkan kerana masalah-masalah yang penulis sendiri
sudah tidak mahu mengambil pusing hal ini. Semoga masih ada kesempatan untuk penulis
sampaikan ke bumi Makkah.

Tuesday, October 20, 2009

Mati


Komentar
Sebelum penulis jauh berkomentar, sama2 kita sdekahkan Al-Fatihah buat arwahyarhamah nenek penulis dan juga junior penulis yang meninggal pada 17 Oktober 2009
yang lalu..moga roh mereka di tempatkan bersama-sama mereka yang soleh/baik.
Seorang sahabat pernah mengulas hal kematian ini, beliau berkongsi pengalaman mengenai ceramah yang didengarinya. " Mati tidak pernah berjanji dengan kita bahwa
ia akan datang tatkala kita tua; Mati juga tidak pernah berjanji dengan kita bahwa ajal datang menjemput kita tatkala kita sakit".. justeru, penulis ingin
mengingatkan diri sendiri dan pembaca bahawa kematian sentiasa dekat dengan kita..Berdoalah selalu mati kita semua dalam keadaan Husnulkhotimah(Baik).

Hadith:
Pernah seorang sahabat Anshar bertanya kepada Rasulullah s.a.w; Ya Rasulullah, siapah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?
Rasulullah s.a.w menjawab: Orang yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan paling banyak perbekalan menghadapi
mati. Mereka itulah yang paling cedas dan pintar, sebab mereka mendapat kemuliaan di dunia dan mendapat kehormatan di akhirat.

Ceritera di Sebalik Illustrasi/ Wallpaper
Sudah sekian lama penulis ingin menghasilkan illustrasi/wallpaper sebegini..hanya cuma terlalu sukar untuk mendapatkan susuk tubuh seorang jenazah. Untuk menghasilkan
wallpaper sebegini, meskipun tampak simple, tapi penulis terlebih dahulu telah mencari gambar2, menonton video2 dan membaca hal-hal yang berkaitan serba sedikit.
Hati penulis sendiri setiap kali melihat video yang berkaitan dengan kematian sentiasa berada dalam ketakutan "Ya Allah betapa jauhnya hambamu ini daripada Mu; Maka Engakau
bimbinglah aku ke jalan Mu agar matiku dalam Iman dan Islam"


Kredit:-
Gambar mayat daripada klip video nasyeed bertajuk " Dust Is My Bed" oleh Meshary Alaradah;saudara Alif yang sudi berkongsi video ini.

Thursday, October 15, 2009

Arghhh!!


Penulis sengaja memasukkan gambar ini meskipun seakan-akan lari daripada konsep dan tujuan asal blog ini diwujudkan. Illustrasi ini sebenarnya menggambarkan perasaan penulis ketika ini(jam 4.10 pagi masih mebuat asgment,,hehe)..
Namun apa pun, apabila dalam keadaan tertekan dengan bebanan tugasan (akibat kelapaan penulis sendiri), penulis mengingatkan diri sendiri dan yang lain supaya untuk menenangkan diri yang sedang dilanda keserabutan dengan tidak lupa bacaan rutin seperti Al-Quran & Al-Mathurat..Pengalaman penulis sendiri merasa kurang sedikit perasaan tertekan apabila ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan..

Refleksi Kendiri:-
Begitu sukar pada saat ini untuk aku betul-betul istiqamah maka "Ya Allah tetapkan aku supaya sentiasa Istiqamah dalam membaca Al-Quran dan Al-Mathurat pada setiap hari"

Sunday, October 11, 2009

Arak!



Gambar ini diambil ketika penulis bersama dengan rakan-rakan keluar outing kat KL pada bulan Ramadhan yang lepas..Apabila terlihat iklan ini, fikiran penulis terfikir mengenai hadith nabi saw yang mencela beberapa golongan yang terlibat dengan arak..Tapi sayang penulis tidak dapat menulis disini kerana sudah lupa..(sila tlg penulis kepada yang tahu dengan meninggalkan komen dibawah)..

Penulis tidak berniat untuk bercerita mengenai subjek yang penulis gunakan iaitu bendera Malaysia + Iklan Casberg..Tetapi penulis ingin mengajak tetamu penulis berfikir mengenai bala arak ini kepada anak2 Malaysia kini.

Komen tentang gambar ini pula:- Komposisi gambar ini sebenarnya kurang menarik..Tetapi penulis sengaja upload kerana yang penting subjek matter & mesej yang ingin penulis sampaikan.


A300;70-300mm; cs4

Friday, October 9, 2009

Demi Masa!




Firman-Nya,Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Mereka yang Beriman dan Beramal Soleh,
dan Mereka Mereka pula Berpesan0Pesan dengan Kebenaran Serta Berpesan-Pesan dengan Kesabaran" Surah Al-Asr

Refleksi Kendiri:-
Penulis mengingatkan diri sendiri bahawasanya begitu banyak masa yang berlalu tanpa di manfaatkan sebaik mungkin.
Kata-kata hikmah 'Hari ini adalah lebih baik daripada semalam' seolah dipinggirkan..Malahan Firman Rabbi seolah dipersenda
apabila seringkali Firman- Nya dibacakan selepas setiap kali selepas sesuatu majlis, tapi hanyalah di mulut tanpa
memperinci makna & menghayati kalimah kalam suci Al-Quran..Astagfirullah al azim..Gunakanlah Usia Muda Mu Sebaik Mungkin!

Tuesday, October 6, 2009

Kids Love Islam





Sebenarnya kartun ni penulis buat untuk design baju budak sekolah.. Bile tengok balik "qute'' gak kartun ni..Jadi penulis edit la sikit utk 'upload' dalam blog ni..hehehe

Refleksi Kendiri:
Moga-moga ada jodoh & rezeki (isteri & anak2 yang soleh&solehah; Baiti jannati)..hehehe

MTHQ 2009 (IPG-KPI)






Gambar ini antara gambar yang paling penulis berpuas hati sepanjang hari mengambil gambar pada hari Pertandingan Tilawah,Hafazan,Tafsir dan Nasyid peringkat Kebangsaan Institut Pendidikan Guru 2009 yang diadakan di IPG Kampus Islam, Bangi.

''Subject Matter'' yang digunakan sebenarnya ialah salah seorang peserta semasa pertandingan hafazan. Pertandingan diadakan diatas masjid Imam As-Shafie pada 06 Oktober 2009.

Refleksi Kendiri;-
(Im always dream dat my oldest son will be a Al-Hafiz soon (moga2 ada jodoh & rezeki,,hehehe)

Kredit to; bro alif saufwan coz teach me how to shoot pict like this & junior from IPTHO coz give to use his handycam as a subject matter.TQ:.

Monday, October 5, 2009

Oh Jeruk!


Gambar ini sebenarnya dari sudut pandangan mereka yang aris tentang
dslr mungkin tiada apa-apa yang menarik (komposisi; exposure dll semua out,hehehe)..
tetapi penulis sengaja masukkan ke dalam blog kerana mahu mengajak para pembaca berfikir mengenai subjek (subject matter) yang digunakan penulis,
kenapa buah prun jeruk ini begitu popular di negara kita?..bukankah negara kita sendiri kaya dengan buah jeruk? (tak perlu rasanya utk penulis senaraikan)
Pada pandangan penulis, aspek pemasaran (marketing) & pembungkusan(packaging) yang menjadikan buah prun ini diimport & popular di Malaysia.
Bayangkan jika buah jeruk mangga + rojak mak bee di bungkus (package) dengan sangat menarik dan dipasarkan dengan lebih kompetetif sifatnya,
tidak mustahil buah jeruk Malaysia akan diimport oleh negara-negara lain.
(Maaf Cara Penulisan Sangat Teruk)

A300:.f 5.6; 1/10''; ISO400; NO MANUPULATE

Sunday, October 4, 2009

Kekuatan Doa



"Allah s.w.t. menerusi firman-Nya telah mewajibkan ke atas kaum muslimin supaya berdoa kepada -Nya. Doa itu sendiri adalah satu ibadah.
Sabda nabi s.a.w "Sesungguhnya Doa Itu Satu Ibadah" (riwayat empat ahli hadith; disahihkan Tirmizi) "
Petikan daripada buku "Lets Be Brave", tulisan Ahmad Saufan Al-Karimi

Refleksi Kendiri:-
Semoga kita bersama-sama dapat mempunyai keyakinan ke atas doa kita sendiri, doa kita bukan hanya tatkala kita mendapat kesusahan, sakit, ditimpa bencana & sebagainya sahaja..Yakinlah Allah s.w.t itu sifat-Nya Maha Mendengar.
.:Peringatan Nyata Buat Diri Sendiri:.

Credit to shutter stock coz given me such idea to make this wallpaper.TQ.
 
brozabar. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.