Tuesday, October 20, 2009

Mati


Komentar
Sebelum penulis jauh berkomentar, sama2 kita sdekahkan Al-Fatihah buat arwahyarhamah nenek penulis dan juga junior penulis yang meninggal pada 17 Oktober 2009
yang lalu..moga roh mereka di tempatkan bersama-sama mereka yang soleh/baik.
Seorang sahabat pernah mengulas hal kematian ini, beliau berkongsi pengalaman mengenai ceramah yang didengarinya. " Mati tidak pernah berjanji dengan kita bahwa
ia akan datang tatkala kita tua; Mati juga tidak pernah berjanji dengan kita bahwa ajal datang menjemput kita tatkala kita sakit".. justeru, penulis ingin
mengingatkan diri sendiri dan pembaca bahawa kematian sentiasa dekat dengan kita..Berdoalah selalu mati kita semua dalam keadaan Husnulkhotimah(Baik).

Hadith:
Pernah seorang sahabat Anshar bertanya kepada Rasulullah s.a.w; Ya Rasulullah, siapah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?
Rasulullah s.a.w menjawab: Orang yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan paling banyak perbekalan menghadapi
mati. Mereka itulah yang paling cedas dan pintar, sebab mereka mendapat kemuliaan di dunia dan mendapat kehormatan di akhirat.

Ceritera di Sebalik Illustrasi/ Wallpaper
Sudah sekian lama penulis ingin menghasilkan illustrasi/wallpaper sebegini..hanya cuma terlalu sukar untuk mendapatkan susuk tubuh seorang jenazah. Untuk menghasilkan
wallpaper sebegini, meskipun tampak simple, tapi penulis terlebih dahulu telah mencari gambar2, menonton video2 dan membaca hal-hal yang berkaitan serba sedikit.
Hati penulis sendiri setiap kali melihat video yang berkaitan dengan kematian sentiasa berada dalam ketakutan "Ya Allah betapa jauhnya hambamu ini daripada Mu; Maka Engakau
bimbinglah aku ke jalan Mu agar matiku dalam Iman dan Islam"


Kredit:-
Gambar mayat daripada klip video nasyeed bertajuk " Dust Is My Bed" oleh Meshary Alaradah;saudara Alif yang sudi berkongsi video ini.

6 comments:

faqhrule said...

mati sementara dah selalu, mati yang kekal belum tahu bila

bro.zabar said...

utk mati sementara ini pun kita mesti persiapkn diri..peringatan buat diri sendiri!!

faqhrule said...

zabar, paparan teks kamu mengapa warna kelabu? mungkin warna font boleh ditukar kepada tona yang cerah dan terang. puith atau kuning sebagai cadangan

bro.zabar said...

Terima kasih diatas cadangan saudara.

sakura said...

semoga iman menjadi bekalan dan syurga menjadi taruhan..

"dari bumi Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi"

(Thaha:55)

bro.zabar said...

Betapa terlau banyak ayat2 suci Al-Quran dibaca/didengar tanpa penulis mencari makna di sebalik ayat.(Terima Kasih Mrs Sakura, penulis sudah merujuk Tafsir Pimpinan Rahman)..terima kasih.

Post a Comment

 
brozabar. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.