Sunday, October 25, 2009

Kaabah


Panggilan Haji Telah Tiba Lagi.

Komentar/Refleksi Kendiri

Penulis teringat pesan seorang ustaz semasa di bangku sekolah menengah
dahulu.."apabila bekerja esok2,jangan fikirkan lagi soal lain(kumpul harta/aset dll)
fikirkan cara bagaimana nak pergi menunaikan haji@ umrah terlebih dahulu"
bermula daripada malam tu, penulis memasang keinginan untuk pergi menunaikan
umrah apabila bekerja bekerja..Alhamdulillah sehingga hari ini Allah swt masih lagi
memberikan rasa rindu ke dalam hati penulis untuk pergi ke sana bumi Anbia.
nasihat ustaz Hassan ini ialag antara nasihat yang paling berkesan pada
penulis.tetapi penulis sedar bahwa untuk merealisasikan impian ini tidaklah
semudah seperti yang dicakap. mesti akan ada ujian Allah swt datang untuk
menguji sejauh mana tahap keimanan penulis.
"Ya Allah,Engkau kurniakanlah kepada aku perasaan rindu terhadap bumi Makkah & tetapkan hati aku
untuk aku sentiasa merinduinya;moga2 aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sampaikan kesana kelak"

Cerita disebalik Illustrasi
Sebenarnya gambar ini penulis buat untuk design kain rentang(banner) suatu program.
TETAPI banner ini tidak dapat untuk dihasilkan kerana masalah-masalah yang penulis sendiri
sudah tidak mahu mengambil pusing hal ini. Semoga masih ada kesempatan untuk penulis
sampaikan ke bumi Makkah.

2 comments:

sakura said...

“Allah mewajibkan atas manusia untuk mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu mengadakan perjalanan ke sana.” (Surah al-Imran, ayat 97)

“Tidak ada balasan bagi haji mabrur, melainkan syurga.” (Hadis riwayat Muttafaqa ‘Alaih)

Semoga dirimu menjadi insan2 terpilih!!

bro.zabar said...

Ameen..Sy doakan Sakura juga kan menjadi insan pilihan Tuhan.

Post a Comment

 
brozabar. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.