Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

Tokoh Muslim

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara ‘50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia‘.Seorang tokoh yg sangat penulis kagumi di dalam negara ini..Tercetus ilham untuk mengUpload gambar Tok Guru ini adalah kerana terbit rasa sedih hati penulis tatkala ini kerana Tok Guru yang penulis kagumi ini sedang berhadapan dengan pelbagai serangan daripada pelbagai sudut untuk menjatuhkan beliau ketika ini.Penulis tidak berniat untuk menulis panjang mengenai isu2 politik tanah air semasa yang melanda beliau..hanya cuma penulis ingin meluahkan rasa bangga penulis terhadap Tok Guru apabila beliau berada di tangga ke- 42 antara 500 individu muslim berpengaruh di dunia bagi tahun 2009.Betapa dunia mengiktiraf dunia beliau sedangkan segelintir umat Islam di dalam negara ini,,,entahlah.

Kredit:-
-Untuk membaca lebih lanjut mengenai artikel yg berkaitan dengan ini sila klik link ini, http://guruohguru.wordpress.com/2009/11/21/tokoh-berpengaruh-di-dunia-islam-2009/#comment-402
-Gambar tok guru juga penulis perolehi daripada blog ini.Hanya membuat sedikit sentuhan /retouch pd gambar tersebut.Terima kasih.

Sunday, October 11, 2009

Arak!



Gambar ini diambil ketika penulis bersama dengan rakan-rakan keluar outing kat KL pada bulan Ramadhan yang lepas..Apabila terlihat iklan ini, fikiran penulis terfikir mengenai hadith nabi saw yang mencela beberapa golongan yang terlibat dengan arak..Tapi sayang penulis tidak dapat menulis disini kerana sudah lupa..(sila tlg penulis kepada yang tahu dengan meninggalkan komen dibawah)..

Penulis tidak berniat untuk bercerita mengenai subjek yang penulis gunakan iaitu bendera Malaysia + Iklan Casberg..Tetapi penulis ingin mengajak tetamu penulis berfikir mengenai bala arak ini kepada anak2 Malaysia kini.

Komen tentang gambar ini pula:- Komposisi gambar ini sebenarnya kurang menarik..Tetapi penulis sengaja upload kerana yang penting subjek matter & mesej yang ingin penulis sampaikan.


A300;70-300mm; cs4

Friday, October 9, 2009

Demi Masa!




Firman-Nya,Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Mereka yang Beriman dan Beramal Soleh,
dan Mereka Mereka pula Berpesan0Pesan dengan Kebenaran Serta Berpesan-Pesan dengan Kesabaran" Surah Al-Asr

Refleksi Kendiri:-
Penulis mengingatkan diri sendiri bahawasanya begitu banyak masa yang berlalu tanpa di manfaatkan sebaik mungkin.
Kata-kata hikmah 'Hari ini adalah lebih baik daripada semalam' seolah dipinggirkan..Malahan Firman Rabbi seolah dipersenda
apabila seringkali Firman- Nya dibacakan selepas setiap kali selepas sesuatu majlis, tapi hanyalah di mulut tanpa
memperinci makna & menghayati kalimah kalam suci Al-Quran..Astagfirullah al azim..Gunakanlah Usia Muda Mu Sebaik Mungkin!

Tuesday, October 6, 2009

MTHQ 2009 (IPG-KPI)






Gambar ini antara gambar yang paling penulis berpuas hati sepanjang hari mengambil gambar pada hari Pertandingan Tilawah,Hafazan,Tafsir dan Nasyid peringkat Kebangsaan Institut Pendidikan Guru 2009 yang diadakan di IPG Kampus Islam, Bangi.

''Subject Matter'' yang digunakan sebenarnya ialah salah seorang peserta semasa pertandingan hafazan. Pertandingan diadakan diatas masjid Imam As-Shafie pada 06 Oktober 2009.

Refleksi Kendiri;-
(Im always dream dat my oldest son will be a Al-Hafiz soon (moga2 ada jodoh & rezeki,,hehehe)

Kredit to; bro alif saufwan coz teach me how to shoot pict like this & junior from IPTHO coz give to use his handycam as a subject matter.TQ:.

Monday, October 5, 2009

Oh Jeruk!


Gambar ini sebenarnya dari sudut pandangan mereka yang aris tentang
dslr mungkin tiada apa-apa yang menarik (komposisi; exposure dll semua out,hehehe)..
tetapi penulis sengaja masukkan ke dalam blog kerana mahu mengajak para pembaca berfikir mengenai subjek (subject matter) yang digunakan penulis,
kenapa buah prun jeruk ini begitu popular di negara kita?..bukankah negara kita sendiri kaya dengan buah jeruk? (tak perlu rasanya utk penulis senaraikan)
Pada pandangan penulis, aspek pemasaran (marketing) & pembungkusan(packaging) yang menjadikan buah prun ini diimport & popular di Malaysia.
Bayangkan jika buah jeruk mangga + rojak mak bee di bungkus (package) dengan sangat menarik dan dipasarkan dengan lebih kompetetif sifatnya,
tidak mustahil buah jeruk Malaysia akan diimport oleh negara-negara lain.
(Maaf Cara Penulisan Sangat Teruk)

A300:.f 5.6; 1/10''; ISO400; NO MANUPULATE
 
brozabar. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.