Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

Red Warriors Supporters

Penulis doakan kejayaan buat skuad kijang a.k.a Red Warriors..

Wednesday, November 4, 2009

Exam

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua Teman Seperjuangan!!
"Ya Allah..Kami Mohon Doa kepada-Mu, Izinkan Kami Semua Lulus Cemerlang,
Mencapai Target Masing-Masing dan Tidak Menghancurkan Harapan Kedua Ibubapa Kami"

Syukurlah

Syukurlah Kerana Nikmat Tuhan Itu Infiniti.
Bersyukurlah kerana sesukar manapun kehidupan kita,masih ada lagi yang diuji jauh lebih sukar daripada kita.Bersyukurlah kerana kita masih punya masih mempunyai keluarga;makan & minum yang cukup;nikmat pancaindera yang lengkap & banyak lagi nikmat kurniaan Tuhan yang tidak terhitung.Terima kasih Tuhan kerana masih lagi memberi peluang buat kita mengucap kata taubat meskipun entah jutaan kali janji itu dimungkiri.Ya Allah betapa jiwa ini sentiasa berbolak balik didalam mencari makna hakiki sebuah kehidupan.Semoga mati kita wahai insan dalam keaadaan kita beriman pada Nya.Amin.

Disebalik Illustrasi:-
Usai solat fardhu,tiba2 datang ilham utk menghasilkan illustrasi sebegini..kredit kepada sahabatku Amzari kerana susuk tubuhmu menjadi eksperimentasi illustrasi ini..hehehe
''

Monday, November 2, 2009

Ustaz Sukan


Peristiwa 1
seorang sahabat penah berkomentar, bunyinya seperti ini " kenapalah dengan belia,asal program sahaja; mesti sukan:
seakan hanya sukan sahaja platform untuk perpaduan"
Penulis memamah butir2 isi percakapan beliau tanpa membuat sebarang ulasan.

Peristiwa 2
Seorang sahabat sekampung penah bercerita mengenai beliau memaki hamun Tok Imam kampung ketika bermain futsal di suatu ketika tanpa
menyedari yang di maki hamun itu adalah Tok Imam Besar kampung penulis; selepas kejadian tersebut, sahabat penulis ini berjumpa
lagi dengan Tok Imam ini, tapi alangkah terkejutnya beliau kerana kali ini pakaiannya tidak lagi pakaian sukan,tapi pakain jubah layak
seorang Imam..Kendatipun, perasaan malu & rasa bersalah timbul pada diri sahabat penulis ini.. selepas mendengar cerita beliau ini,
Kami tergelak mengenangkan peristiwa ini..


Komentar:-
Penulis ingin mengajak pembaca berfikir mengenai peranan golongon ustaz/ustazah
dalam sukan..bayangkan jika insan pilihan Tuhan ini(ustaz) masuk bersama-sama umat manusia yang suka kan bersukan; satu golongan
sudah memberi jalan untuk mengumpul belia untuk bersukan(perpaduan);dan mungkin tidak salah jika penulis katakan yang
kebiasaanya pihak penganjur ini meminggirkan soal agama dalam bersukan; perihal menjaga waktu solat,aurat,batas pergaulan dsb:
dan disinilah menurut pandangan penulis alangkah cantiknya jika golongan insan pilihan Tuhan ini memainkan peranannya.
:bayangkan jika peranan insan pilihan Tuhan ini memasukkan elemen dakwah secara tersirat, pada hemah penulis, cukuplah
kehadiran golongan ini di celahan ramai kerana penulis yakin orang kita masih lagi mempunyai perasaan MALU: cukuplah golongon ustaz ini
berdakwah melalui tauladan/keperibadian yang telah ada..(malahan lebih daripada itu)


Disebalik Illustrasi:-
Pemuda dalam illustrasi ini merupakan rakan penulis..Gambar ni,penulis candid semasa beliau membuat pertunjukkan football freestyler semasa
karnival Raudhah JPP IPG KPI pada tahun Oktober 2009.(Walaupun penulis sebenarnya tidak berpuas hati dengan efek dalam gambar & kualiti gambar
yang ada;-efek tu terlalu simple(dah lupa cara nak buat efek asap,hehehe).

Refleksi Kendiri:-
"Tunjukkan aku jalan, kerana aku insan lemah yang hatinya sentiasa berbolak-balik didalam mencari makna hakiki"

Sunday, October 25, 2009

Kaabah


Panggilan Haji Telah Tiba Lagi.

Komentar/Refleksi Kendiri

Penulis teringat pesan seorang ustaz semasa di bangku sekolah menengah
dahulu.."apabila bekerja esok2,jangan fikirkan lagi soal lain(kumpul harta/aset dll)
fikirkan cara bagaimana nak pergi menunaikan haji@ umrah terlebih dahulu"
bermula daripada malam tu, penulis memasang keinginan untuk pergi menunaikan
umrah apabila bekerja bekerja..Alhamdulillah sehingga hari ini Allah swt masih lagi
memberikan rasa rindu ke dalam hati penulis untuk pergi ke sana bumi Anbia.
nasihat ustaz Hassan ini ialag antara nasihat yang paling berkesan pada
penulis.tetapi penulis sedar bahwa untuk merealisasikan impian ini tidaklah
semudah seperti yang dicakap. mesti akan ada ujian Allah swt datang untuk
menguji sejauh mana tahap keimanan penulis.
"Ya Allah,Engkau kurniakanlah kepada aku perasaan rindu terhadap bumi Makkah & tetapkan hati aku
untuk aku sentiasa merinduinya;moga2 aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sampaikan kesana kelak"

Cerita disebalik Illustrasi
Sebenarnya gambar ini penulis buat untuk design kain rentang(banner) suatu program.
TETAPI banner ini tidak dapat untuk dihasilkan kerana masalah-masalah yang penulis sendiri
sudah tidak mahu mengambil pusing hal ini. Semoga masih ada kesempatan untuk penulis
sampaikan ke bumi Makkah.

Tuesday, October 20, 2009

Mati


Komentar
Sebelum penulis jauh berkomentar, sama2 kita sdekahkan Al-Fatihah buat arwahyarhamah nenek penulis dan juga junior penulis yang meninggal pada 17 Oktober 2009
yang lalu..moga roh mereka di tempatkan bersama-sama mereka yang soleh/baik.
Seorang sahabat pernah mengulas hal kematian ini, beliau berkongsi pengalaman mengenai ceramah yang didengarinya. " Mati tidak pernah berjanji dengan kita bahwa
ia akan datang tatkala kita tua; Mati juga tidak pernah berjanji dengan kita bahwa ajal datang menjemput kita tatkala kita sakit".. justeru, penulis ingin
mengingatkan diri sendiri dan pembaca bahawa kematian sentiasa dekat dengan kita..Berdoalah selalu mati kita semua dalam keadaan Husnulkhotimah(Baik).

Hadith:
Pernah seorang sahabat Anshar bertanya kepada Rasulullah s.a.w; Ya Rasulullah, siapah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?
Rasulullah s.a.w menjawab: Orang yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan paling banyak perbekalan menghadapi
mati. Mereka itulah yang paling cedas dan pintar, sebab mereka mendapat kemuliaan di dunia dan mendapat kehormatan di akhirat.

Ceritera di Sebalik Illustrasi/ Wallpaper
Sudah sekian lama penulis ingin menghasilkan illustrasi/wallpaper sebegini..hanya cuma terlalu sukar untuk mendapatkan susuk tubuh seorang jenazah. Untuk menghasilkan
wallpaper sebegini, meskipun tampak simple, tapi penulis terlebih dahulu telah mencari gambar2, menonton video2 dan membaca hal-hal yang berkaitan serba sedikit.
Hati penulis sendiri setiap kali melihat video yang berkaitan dengan kematian sentiasa berada dalam ketakutan "Ya Allah betapa jauhnya hambamu ini daripada Mu; Maka Engakau
bimbinglah aku ke jalan Mu agar matiku dalam Iman dan Islam"


Kredit:-
Gambar mayat daripada klip video nasyeed bertajuk " Dust Is My Bed" oleh Meshary Alaradah;saudara Alif yang sudi berkongsi video ini.

Thursday, October 15, 2009

Arghhh!!


Penulis sengaja memasukkan gambar ini meskipun seakan-akan lari daripada konsep dan tujuan asal blog ini diwujudkan. Illustrasi ini sebenarnya menggambarkan perasaan penulis ketika ini(jam 4.10 pagi masih mebuat asgment,,hehe)..
Namun apa pun, apabila dalam keadaan tertekan dengan bebanan tugasan (akibat kelapaan penulis sendiri), penulis mengingatkan diri sendiri dan yang lain supaya untuk menenangkan diri yang sedang dilanda keserabutan dengan tidak lupa bacaan rutin seperti Al-Quran & Al-Mathurat..Pengalaman penulis sendiri merasa kurang sedikit perasaan tertekan apabila ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan..

Refleksi Kendiri:-
Begitu sukar pada saat ini untuk aku betul-betul istiqamah maka "Ya Allah tetapkan aku supaya sentiasa Istiqamah dalam membaca Al-Quran dan Al-Mathurat pada setiap hari"

Saturday, October 3, 2009

Allah Is Alway Watching You ii

Allah Is Alway Watching You i


Peringatan buat diri sendiri & semua..Kita sering terlupa bahawa Allah SWT itu sifatnya Maha Melihat..Yang Lebih tepat, Allah SWT tidak pernah berhenti melihat kita..Kiri & Kanan kita sentiasa ada makluk Allah (Malaikat) yang tidak pernah penat & jemu mencatat segala amalan & kerja kita semasa hidup di dunia ini.(Perhatian! CCTV adalah sebagai suatu anologi sahaja)
 
brozabar. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.